SELAMAT DATANG KE BLOGGER RASMI KRS SMK SIMPANG BEKOH | ILMU IMAN AMAL | USAHA JAYA

PENGUMUMAN

Blogger Rasmi ini masih dalam pembinaan . Kerjasama anda amatlah dihargai.

Monday, October 5, 2009

Tentang KRS




Sejarah Penubuhan KRS

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2.

Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.

Logo Dan Motto

Perisai melambangkan tentang kefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa megira keturunan dan kaum, agama, dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidkan Negara.

Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
Warna kuning melambangkan warna diraja yang manjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.
Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian. Warna hijau malambangkan

Tunas muda /remaja yang masih boleh dibentuk.
Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan.
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum.
Cogan kata KRS " ILMU IMAN AMAL"

ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS.
IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

0 comments:

Post a Comment